Politik Halim Arshat

Beliau mulai aktif dalam PAS yang disertainya sejak 1973 dengan menjadi calon PAS dalam Pilihan Raya Umum 1978 di Parlimen Kubang Pasu. Beliau turut bertanding di kerusi Parlimen Kota Setar (1982 dan 1986), Jerlun-Langkawi (1990) dan Jerlun (1995), selain menjadi calon PAS dalam Pilihan raya kecil Parlimen Padang Terap (1985) dan DUN Jerlun (1991). Beliau juga pernah ditahan di bawah ISA sebanyak dua kali iaitu dalam isu padi (1980) dan Operasi Lalang (1987)[2].

Dengan pengalaman politik, pada 12 April 1989, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS. Sebelum itu, beliau pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Setar (1981-1989), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (1979-1987), Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS (1983-1987) dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1987-1989)[2].